Pentingnya penjagaan semasa hamil dan berpantang selepas melahirkan.
Salam.
- Pengalaman kak siti menjaga ibu yang hamil dari awal kandungan sehingga melahirkan serta memberi rawatan harus dikongsi untuk kesejahteraan bersama. Ini kerana proses tersebut boleh menyebabkan kesihatan seseorang itu tertanggu jika tidak mendapat rawatan yang baik dan betul.
- Kehamilan akan menjadi seronok dan bahagia jika seseorang wanita itu benar-benar bersedia. Tubuh yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Emosi dan mental yang stabil juga memainkan peranan yang penting untuk melahirkan anak yang bijak dan aktif.
- Apa yang dikongsi oleh kak siti adalah untuk para bakal ibu mendapat maklumat bagaimana penjagaan kesihatan semasa kehamilan dan berpantang selepas melahirkan bagi melahirkan generasi yang sihat tubuh badan, mental dan emosi. kesihatan Ibu juga patut dijaga dengan baik agar dapat mendidik anak-anak nya sehingga dewasa.
- Kehidupan yang agak terlalu sibuk masa kini melihatkan ramai ibu-ibu terlupa untuk menjaga kesihatan diri mereka sama ada semasa kehamilan dan selepas berpantang. Pada mereka hanya waktu berpantang sahajalah yang harus dijaga. Lihatlah berapa ramai sekarang ibu-ibu yang mengalami tekanan perasaan serta mempunyai penyakit kronik. Antaranya kanser payu dara, kanser pangkal rahim, rahim dan lain-lain lagi.
- Apa yang dikongsi ini adalah maklumat yang kak siti dapat daripada petua orang-orang tua dahulu dan juga daripada pengalaman kak siti sendiri. Antaranya untuk menguatkan sistem peranakan para bakal ibu dinasihatkan memakan makanan tambahan seperti kuning telur ayam kampung. Makan telur ayam kampung separuh masak ataupun ambil kuning telurnya sahaja.
- Disamping itu bolehlah minum madu untuk melancarkan darah serta kurma untuk memberikan tenaga. Makan kacang badam untuk memberi oksigen yang baik ke otak serta bagus untuk janin. Kak siti pasti anak yang lahir akan kuat tulang belakang dan paru parunya sihat.
- Bagaimana pula kesihatan ibu semasa hamil dan semasa dalam berpantang. Ibu juga berhak mendapatkan yang terbaik agar masa depan anak-anak terjamin. Ibu yang sihat mampu mendidik anak dengan baik. Jagailah siibu dan anak dari segi kesihatannya agar tubuh fizikal, mental dan emosi mereka sihat.
-Kak Siti, 6 April 2012-











QAMAR for WOMEN, baik untuk penjagaan kesihatan dalaman wanita. Memberi tenaga, mencantikan kulit, melancarkan peredaran darah dan melangsingkan badan.
Sesuai untuk lelaki sebagai makanan tambahan. Memberi tenaga, menguatkan otot dan melancarkan perjalanan darah. 